
mariamblogger99
2 tahun
Kerap terasa kembung perut angin dalam badan
saya wanita 20 tahun … saya mengalami sakit perut dan terasa kembung perut berlarutan selama 2 minggu … simptom yang saya hadapi , angin dalam badan , sendawa , badan rse tidak selesa , perut senak , perut rasa kembung berlarutan dan juga kerap kencing … sembelom ni saya pi check ke dokter mengesahkn gastrik tetapi selepas surut sakitny pada bahagian perut atas mahupon rasa kembung tidak pernah rasa reda kemudian selang seminggu terasa sakit sakit senak , perut kembung dan terasa dh penuh berlaku selepas makan perut terasa tidak selesa … tidur pon tidak selesa kerana perut kembung dan rasa berat … dokter tanda apakah saya alami ini ? saya tidak tahan kerana tidak keselesaan pada perut … perut sentiasa kembung dan senak pedih ulu hati

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kembung perut dan kerap kencing yang anda alami boleh disebabkan:
- Fibroid dalam rahim - apabila ia membesar, ia boleh menekan pundi kencing dan menyebabkan gejala kerap kencing
- Masalah ovari seperti kista (cyst) ovari yang membesar dan menyebabkan perut kembung dan kerap kencing
- Kehamilan - jika anda pernah melakukan persetubuhan
- Masalah penyakit ulser perut
- Masalah keradangan pankreas - boleh menyebabkan gejala perut tidak selesa dan kerap kencing akibat kencing manis kerana hormon insulin yang dihasilkan organ pankreas tidak dapat dihasilkan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.