
Sulit
4 tahun
Kering di bahagian bibir dan di bahagian kepala kemaluan
Saya lelaki berumur 19 tahun dan mengalami masalah bibir kering dan bibir bahagian atas seperti mempunyai keruping luka bermula seminggu yang lalu. Bahagian kemaluan juga menjadi kering dan bahagian kepala kemaluan seperti mudah luka jika dikenakan geseran.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bibir kering boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- defisiensi vitamin terutamanya vitamin B
- dehidrasi (kurang minum air)
- terdedah kepada matahari atau panas atau cuaca dingin
Sekiranya bibir and masih kering setelah mengatasi penyebab-penyebab diatas, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri terjadi masalah yang seperti berikut:
- Chelitis
- Malnutrition dan dehidrasi
Anatara rawatan yang disarankan untuk mengatasi masalah ini adalah:
- Pelembap bibir bebas kimia
- Jauhi produk bibir dengan perasa, wangian, atau warna sehingga bibir anda telah sembuh
- Jangan kupas serpihan kulit dari bibir anda
- Sentiasa gunakan pelindung matahari SPF apabila anda berada di bawah sinar matahari.
- Minum air masak yang cukup dan elakkan dehidrasi
masalah kepala zakar kering boleh disebabkan oleh banyak punca seperti:
- Dehidrasi
- Kecederaan lama pada alat sulit
- Masalah kesihatan lain yang menjejaskan kelembapan kulit anda
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.