Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerisauan tentang seseorang yg bersin bersebelahan

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 26, 2020 8:50 AM

Sulit 4 bulan

Sy lelaki berusia 31 tahun.baru2 ini saya ada ke pasar raya.lalu seorang wanita bersin di sebelah saya
Tetapi saya memakai mask pada ketika itu.bolehkah virus menjangkiti sy wlupon sy memakai mask?

Dr Ramzdhan 4 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, face mask atau pelitup muka boleh menghalang penyebaran titisan udara seperti bersin, batuk dan sebagainya. Walaubagaimanapun, titisan air hasil daripada bersin tersebut boleh tersebar dan melekat pada tangan atau permukaan badan kita. Kita tidak dapat memastikan orang lain untuk sentiasa memakai topeng muka ketika bergejala apatah lagi hendak menahan bersin orang tersebut, tetapi apa yang kita boleh buat ialah dengan kerap mencuci tangan dan memastikan kebersihan diri sentiasa terjamin. Dengan itu kita boleh menghalang diri daripada dijangkiti.

Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jun 26 2020 08:50:56 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Respiratori tentang selsema secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Selsema dan gatal tekak Doktor…saya baru selsema semalam iaitu pada 27/9/2020. Jadi bila selsema, hingus meleleh. Saya tidak demam. Cuma saya tak selesa bila selsema. Selepas itu, baru saya terasa seperti gatal tekak s… Baca lagi...
29 hari
Sulit
Bibir dalam terasa kesat dan sering haus Saya seorang wanita berumur 43 tahun. Sudah 4 hari saya mengalami bibir dalam terasa kesat atau kering iaitu bermula dari hari ahad hingga hari ini. Tetapi bermula dari hari ini saya merasa kan … Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Selsema hidung tersumbat berpanjang Saya laki dlm 20an sy mengalami selsema hidung tersumbat dlm tempoh 1bulan lebih Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Selsema berulang setiap pagi dan malam.. sakit tekak dan juga pening kepala.. lenguh badan juga ada.. suhu badan turun naik tidak menentu selamat sejahtera doktor… saya ingin bertanya… setiap pagi selepas bangun dari tidur saya selalu selsema… hidung kerap berair… setiap malam pon begitu… apa punca nya ? Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Selsema dan mata berair serta merah Saya merupakan seorang wanita berusia 39 tahun. Sejak dua hari lepas saya mula selsema dan kerap bersin. Mata saya juga berair dan gatal dan salah satu telah menjadi merah. Saya tiada suhu tingg… Baca lagi...
31 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!