
Sulit
3 tahun
Kerisauan yang melampau
Saya perempuan, berusia 15 tahun. Saya kerap mengalami masalah waswas yang teruk terutamanya dalam ibadat. Saya akan mengulangi perkara tersebut seperti solat, wudhu, mandi wajib sampai saya rasa puas hati. Jika tidak melakukan perkara itu, saya akan menjadi bimbang dan stres. Jadi saya terpaksa mengulangi perkara2 tersebut. Ini menjejaskan rutin harian saya kerana saya tidak boleh membuat sebarang kerja apabila memikirkan tentang waswas tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, kemurungan, fobia, penyakit kelenjar (ketidakseimbangan hormon) dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.