
Sulit
4 tahun
Kerisauan yang membuatkan saya patah semangat dan rasa tak berguna.Saya juga rasa mcm diri saya tak guna hidup di dunia dan tiada bakat dalam apa apa sekalipun.Saya juga inscure dgn org sekeliling saya
Saya rasa susah untuk berkomunikSi dgn org2 lain.Saya rasa gigil setiap kali nak kerja dan sakit perut.Saya juga susah nak kluarkan suara untuk bercakap dan meminta bantuan dari org lain.Saya sngt takut jika org judge saya dan benci akan saya.saya juga risau dimarahi oleh org2 di sekitar saya.Saya
akan lost confidence dan rasa cm im not good enough.is that normal ?Apakah saya perlu lakukan sesuatu?
Saya juga mempunya rasa risau yg berlebihan membuatkan saya bnyak kali melakukan kesilapan.sbb rasa takut dan nervous.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Persekitaran yang kurang ceria
- Masalah perhubungan dengan orang lain
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Untuk menjawab persoalan anda, perasaan yang anda alami adalah tidak normal dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kaunseling untuk mendapatkan bantuan kerana perkara ini berlarutan dan ia menggangu kesihatan mental anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.