
Sulit
5 tahun
Kesakitan bahagian telinga dan tekak
Saya wanita dalam usia 21 tahun. Saya ingin bertanya kenapa saat saya bangun tidur telinga saya sakit dan tekak saya turut sakit serta lemah badan . adakah itu kerana tidak sihat ? Boleh berikan pandangan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang sinus
- Radang telinga (otitis media)
- Radang pharynx (pharyngitis)
Keradangan ini adalah kerana dijangkiti oleh kuman ataupun virus yang menyebabkan sakit tekak, sakit telinga, badan lemah atau demam. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.