
Sulit
4 tahun
Kesakitan di lutut yang menyebabkan kelengguhan
Saya wanita berumur 43 tahun. Sejak kebelakangan ini sakit di lutut dan menyebabkan lengguh dari lutut ke bawah. Keadaan ini menyukarkan saya untuk menaiki tangga. Untuk pengetahuan doktor, saya pernah terjatuh ketika bersukan semasa bersekolah dahulu.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit lutut boleh disebabkan oleh:
- Trauma dan kecederaan pada tulang, ligamen atau otot
- Keradangan seperti arthritis, gout, osteoarthritis, dsb
- Jangkitan seperti osteomyelitis dsb
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.