Sulit
3 tahun
Kesakitan di payudara
Baru-baru ini saya ada bergurau kasar dengan adik saya yang melibatkan sentuhan fizikal. Selepas itu, saya rasakan payudara saya sakit mencucuk jika saya bergerak tetapi tidak terdapat bengkak/lebam. Sakit itu datang bila saya bergedak dan hilang jika saya statik. Adakah kondisi ini bahaya? Berapa lamakah kesakitan ini akan bertahan? Apakah yang perlu saya lakukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sakit payudara, ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan payudara ( mastitis )
- Breast cyst
- Fibroadenoma payudara
- Perubahan fibrocystic payudara
- Fat necrosis
- Lipoma
- Sebaceous cyst
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Terdapat darah atau nanah keluar daripada puting
- Kawasan payurada bengkak
- Kemerahan di kawasan payudara
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih