
Sulit
4 tahun
Kesan Bekas Pesakit Covid-19 Kepada Orang Lain
Saya merupakan pesakit Covid-19 yang masih kuarantin di rumah (arahan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC)) dan akan tamat dalam tempoh beberapa hari lagi. Untuk makluman Doktor, saya duduk di bilik berasingan dengan rakan serumah (bilik air dan bilik tidur juga berasingan). Saya terlupa bertanya beberapa persoalan ketika lapor diri di Pusat CAC.
Saya dimaklumkan virus Covid-19 yang melemah akan kekal lama di dalam badan bekas pesakit dan jika didiagnosis akan tetap menunjukkan positif. Justeru bagaimana kesan terhadap orang sekeliling setelah tempoh kuarantin tamat terutamanya rakan serumah yang berkongsi ruang-ruang utama (tamu, dapur)? Adakah saya perlu terus kuarantin kendiri di dalam bilik ketika di rumah?
Doktor di CAC tidak menyatakan varian virus yang menyerang saya. Jadi, apakah masih ada risiko lebih teruk jika saya dijangkiti dengan varian bermutasi terkini (Variant of Concern)? Adakah VOC akan bersintesis dengan sisa virus lemah (di dalam badan) dan kembali menyerang sistem imun badan?
Mohon sidang DoctorOnCall dapat berikan penjelasan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi reinfeksi COVID-19 dan keselamatan/kesihatan orang yang tersayang.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, mereka yang telah sembuh dari jangkitan virus (atau khususnya COVID-19) secara automatik telah mempunyai kekebalan terhadap strain virus COVID-19 tersebut. Maka dengan itu, anda (secara teori) telahpun bebas dari jangkitan dan tidak lagi dapat menjangkiti orang lain. Maka tidak perlu mengasingkan diri selepas habis tempoh kuarantin. Sila menghubungi doktor anda untuk mendapatkan kepastian.
Walau bagaimanapun, berdasarkan informasi terkini, sememangnya terdapat beberapa kes dimana berlakunya fenomena reinfeksi atau jangkitan semula COVID-19 pada bekas pesakit yang telah sembuh. Walaupun mekanisme tentang reinfeksi itu tidak terlalu jelas, kemungkinan besar ia disebabkan oleh penularan dari orang lain yang terkontaminasi dengan virus COVID-19 atau kontak rapat kepada pesakit positif yang lain.
Justeru adalah amat penting bagi anda untuk mematuhi SOP seketat mungkin. Laksanakan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal setiap masa, memakai pelitup muka apabila anda berada di luar rumah dan kurangkan terdedah kepada komuniti di luar buat sementara waktu atau stay home sekerap yang boleh agar kadar kebolehjangkitan menjadi semakin kecil.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini secara berkala di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini