
Sulit
4 tahun
Kesan daripada masalah patah tulang mendatangkan rasa sakit dan berdenyut
saya remaja berusia 20 tahun dan pernah mengalami masalah patah tulang peha pada tahun 2015 sejak akhir akhir ini , kawasan lutut saya sering terasa sakit berdenyut sehingga menyebabkan tulang peha yang patah terasa berdenyut dan lenggoh membuatkan saya kurang selesa dengan keadaan ini . adakah ini menjadi kebiasaan terhadap pesakit yang pernah mengalami masalah patah tulang ? adakah is mengambil masa yang lama untuk pulih ? adakah lutut terasa sakit kerana masalah sendi atau otot yang mengecil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami faham anda berasa risau kerana anda berasa tidak selesa dan berdenyut pada bahagian yang pernah patah. Namun, maklumat yang anda berikan kurang lengkap dan anda diminta untuk berhubung dengan mana mana doktor untuk membuat pemeriksaan yang memnyeluruh agar kesimpulan tepat dapat dibuat mengenai masalah yang anda hadapi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.