Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesan lebam tanpa sebab

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 28, 2020 4:42 AM

Sulit 37 hari

Doc…saya seorang suri rumah berusia 35 tahun… Saya perasan pada badan saya sering naik lebam kebiruan… Lebam tersebut naik silih berganti… Walaupun tak banyak hanya 1 atau 2 kesan lebam kecil…tetapi ia naik silih berganti,selama sebulan lebih kesan lebam naik tak henti-henti… Selepas hilang satu,timbul lagi satu…lebam itu tidak naik serentak dalam kuantiti yang banyak…cuma 1@2 cuma ianya berterusan… Saya sangat risau…saya ada pergi ke klinik kesihatan… Doc bagi appoinment untuk ambik ujian darah lagi 2 bulan… Sementara menunggu 2 bulan saya sangat risau…

Dr Sri Viknarajan 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Lebam diakibatkan pendarahan kecil dibawah kulit yang selalunya tidak bahaya. Ia akan hilang dan sembuh dengan sendirinya. Untuk makluman anda, masalah mudah berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  1. Pengambilan ubat cair darah
  2. Bilangan platelet rendah
  3. Kekurangan pengambilan zat besi, zat folate dan vitamin b12
  4. Minuman beralkohol
  5. Mengandung

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terdekat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 28 2020 04:42:24 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Lebam pada kaki dan paha Saya 19thn. Kaki saya selalu ade kesan lebam kadang kadang pada bahagian peha tanpa sebab. Tak sampai lebam lama hilang ade lebam baru naik. Boleh kira kaki penuh dengan kesan lebam je. Tangan s… Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Kesan lebam tanpa sebab Doc…saya seorang suri rumah berusia 35 tahun… Saya perasan pada badan saya sering naik lebam kebiruan… Lebam tersebut naik silih berganti… Walaupun tak banyak hanya 1 atau 2 kesan lebam kecil…te… Baca lagi...
43 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi