
Sulit
4 tahun
Kesan mengambil rokok serta dadah dlm keadaan mengandung
Dear doctor… sy berumur 25tahun skng pregnant 5bulan… sy nak tanye ape kesan bila dlm keadaan mengandung mengambil dadah serta rokok secara kerap…

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai komplikasi yang boleh berlaku hasil daripada pengambilan rokok dan dadah ketika hamil seperti:
- Kekurangan bekalan oksigen dan pendedahan toksin kepada janin akan menyebabkan asphyxia (lemas) dan hypoxic ischemic encephalopathy – komplikasi otak yang boleh menyebabkan ‘tarik’ ( seizure ) dan kegagalan otak untuk berfungsi
- Kekurangan bekalan oksigen dan pendedahan toksin kepada otak bayi boleh menyebabkan masalah pembelajaran
- Kecacatan kongenital fizikal ( congenital anomalies )
- Berat lahir kurang daripada 2.5 kg ( Intra Uterina Growth Retardation )
- Kematian dalam rahim ( Intra Uterine Death )
- Kelahiran pramatang
Anda disarankan untuk:
- Mendaftar kehamilan dengan segera ke premis kesihatan terdekat contohnya klinik kesihatan
- Menjalani tatacara hidup sihat
- Menghadiri klinik antenatal (kehamilan) secara berkala seperti yang yang telah ditetapkan oleh klinik dan hospital
- Mematuhi janji temu pakar seperti yang telah diatur dan dijadualkan
- Ibu hamil hendaklah mematuhi segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pakar dan anggota kesihatan berkenaan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.