Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesan minum air kelapa pada awal kehamilan

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 17, 2020 10:14 AM

Sulit 5 hari

Hi doctor. Kandungan saya br 3 minggu. Semalam saya ada minum air kelapa ada kesan buruk tak terjadi pada kandungan saya ? Org kata tak elok minum pada awal kehamilan ? Harap doc dpt membantu saya secepat mungkin

Dr Sashini Seeni 5 hari
General Practitioner

Hai dan selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang ditujukan kepada kami

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan tentang kehamilan anda.

Umumnya, air kelapa tidak membahayakan sebahagian besar wanita hamil. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang menunjukkan minum air kelapa boleh membawa pelbagai risiko kesihatan. Namun, ia harus diambil dalam jumlah yang sederhana kerana air kelapa boleh menurunkan tekanan darah. Sebaiknya anda berbincang dengan doktor sebelum meminumnya sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah dan perlu diingat bahawa air kelapa dari buah yang yang sudah masak boleh meletakkan anda pada risiko sembelit.

Untuk makluman anda, air kelapa juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral semula jadi. Masa terbaik untuk minum air kelapa ialah di awal pagi. Minum air kelapa semasa trimester pertama boleh menyelamatkan wanita hamil daripada dehidrasi yang disebabkan oleh mabuk hamil.

Air kelapa adalah minuman bebas kolesterol. Manfaat kesihatan air kelapa untuk wanita hamil adalah sangat banyak. Antaranya ialah:

  1. Dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh ibu hamil (kerana kaya dengan antioksidan)
  2. Mempunyai elektrolit yang diperlukan untuk mencegah dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit dan muntah, dua gejala morning sickness
  3. Diuretik semula jadi, membuang toksin dan membersihkan saluran kencing.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Dikemaskini pada: Sat Oct 17 2020 10:14:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Keguguran atau tidak Saya telah menjalani ujian upt tetapi hasil ujian menunjukkan line c kabur dan line t jelas…dan satu lagi masalah sy mengalami pendarahan selama seminggu dengan sakit sengugut…adakah sy kegugura… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Haid baru habis 2 hari . melakukan hubungan adakah boleh pregnant doctor bolehkah air mazi lelaki membolehkan seseorang perempuan itu pregnant walaupun perempuan itu baru habis haid selama 2 hari Baca lagi...
12 hari
Sulit
Kesan minum air kelapa pada awal kehamilan Hi doctor. Kandungan saya br 3 minggu. Semalam saya ada minum air kelapa ada kesan buruk tak terjadi pada kandungan saya ? Org kata tak elok minum pada awal kehamilan ? Harap doc dpt membantu sa… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Gugurkan kandungan kerana mempunyai anak yang masih kecil Saya berumur 34 tahun, dan baru lepas melahirkan anak pada 3.2.2020, tetapi sekarang saya kembali hamil 4 minggu. Saya kesian pada anak saya yang kecil, sekiranya saya gugurkan yg kali ini, adak… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Takut saya pregnant Hello , on my 4 day of my period I had a sex with my bf without any protection and on last week we had a sex too but the next day I already ate birth control pills. Adakah ini bahaya Baca lagi...
14 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!