Sulit

3 tahun

Kesan Nerothisterone & Vitamin EPO

Hai, saya berumur 21 tahun dan saya seorang obesiti. Tahun lepas haid saya tidak turun selama hampir 11 bulan dan saya pergi ke klinik universiti kerana saya seorang pelajar. Doktor itu menasihati saya untuk kurangkan berat & mengambil pil Nerothisterone untuk turunkan haid & ia turun untuk bulan itu namun beberapa bulan selepas itu kembali tidak turun. Bulan lepas saya ke farmasi untuk membeli ubat yang sama, pharmasist itu pesan untuk tidak mengambilnya terlampau kerap kerana ianya akan menyebabkan kesan sampingan jangka panjang dan kemudian mencadangkan saya untuk ambik Vitamin EPO. Soalan saya, bolehkan saya mengambil ubat Nerothisterone itu setiap bulan & akan adakah kesan untuk jangka panjang kemudian? Kedua, adakah vitamin EPO boleh membantu?

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang kesan pengambilan norethisterone dan berkenaan dengan vitamin EPO. Untuk makluman anda, kesan sampingan yang selalu berlaku setelah pengambilan norethisterone adalah seperti:

  • Sakit kepala
  • Kepeningan
  • Kemuntahan
  • Perubahan pendarahan haid, contohnya pendarahan tidak teratur atau kadang-kadang berhenti pendarahan
  • Kesakitan payudara
  • Keletihan
  • Kenaikan berat badan

Berhenti menggunakan ubat ini dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai apa-apa kesan sampingan yang serius seperti:

  • kebas secara tiba-tiba atau kelemahan, terutama pada sebelah badan;
  • sakit atau bengkak pada satu atau kedua-dua kaki;
  • sakit kepala secara tiba-tiba, kekeliruan, sakit di belakang mata, masalah dengan penglihatan, pertuturan, atau kira-kira;

Bagaimanapun, tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai keraguan, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini secara langsung bersama doktor.

Berkenaan dengan vitamin EPO, secara amnya, pengambilan supplemen ini selamat dalam dos yang disarankan. Namun, setiap produk mempunyai kesan sampingan atau amaran masing-masing. Anda digalakkan membaca helaian maklumat produk anda untuk maklumat lebih lanjut.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

AdobeStock_130255101

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)