niza1812
4 tahun
Kesan pembedahan tonsil
anak saya baru menjalani pembedahan membuang tonsil.apabila dia sedang tidur dia batuk dan terjaga smbil menangis dan dia memberitahu sakit sehingga ke dlm telinga.adakah keadaan ini normal?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pembedahan pembuangan tonsil mempunyai beberapa kesan seperti sakit telinga kerana saraf berkait telinga melalui kawasan tonsil juga dan kesan buangan tonsil akan dapat dirasai untuk beberapa hari kerana kesan ransangan saraf ataupun saluran penghubung antara telinga dan kerongkong. Kesan lain juga adalah pendarahan (kecil atau besar) pada luka tonsil yang boleh memasuki saluran udara dan menyebabkan gejala batuk. Kesan lain pembedahan tonsil ini adalah sakit ketika mengunyah makanan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.