Sulit
2 tahun
Kesan pengambilan pil perancang lebih dari 1 jam
saya nk tanya . sy ad mngambil pil perancang jenis desolon . sy xpernah skip tp kadang sy makan trlalu lewat . waktu sy makan pukul 10 malam dan sy makan trlewat sedikit dlm 1 jam . lepas dari itu dalam pukul 2 pagi sy bersama suami . adakah sy boleh mengandung kalau terlewat makan pil perancang dan lepas itu bersama suami ?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam penggunaan pil perancang anda.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan pil perancang yang terbaik adalah untuk memakan pil perancang pada waktu yang sama setiap hari. Namun ia tidak menjadi masalah walaupun anda lewat makan sejam, selagi anda tidak terlepas pil. Teruskan memakan pil mengikut jadual.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang masalah kesihatan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.