
Sulit
4 tahun
Kesan psiorasis kepada pasangan ataupun anak
Saya nak tanya jika seseorang perempuan berkahwin dengan lelaki yang mengalami sakit psiorasis, kemungkinan akan ada kesan kepada isteri ataunpun anak ? Mohon penjelasan . Terima kasih .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Untuk pengetahuan anda penyakit psoriasis tidak boleh berjangkit dari satu individu ke individu yang lain. Psoriasis adalah penyakit autoimun, iaitu penyakit yang disebabkan oleh sistem kekebalan tubuh individu tersebut yang terlampau aktif sehingga menggangu tubuh dirinya sendiri. Bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit psoriasis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini (baca: hereditary disease)
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Selain itu, umum harus mengetahui bahawa, selain psoriasis, penyakit-penyakit ini juga boleh memebrikan gejala yang hampir sama:
- seborrhoeic dermatitis,
- lichen planus
- lichen simplex
- pityriasis rosea
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda dan pasangan, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.