
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan selepas cucuk astrazeneca (Gatal pada muka)
Hi Dr,
Saya adalah penerima vaksin AZ semalam. Saya xpernah ada allergies history, samada pada sebarang ubat atau suntikan, jadi agak risau. Selepas beberapa jam menerima suntikan, saya mengalami kesukaran utk tidur kerana gatal pada muka. Bagaimanapun setelah beberapa jam, saya berjaya dapatkan tidur dan rehat. Harini saya masih lagi berasa gatal pada bahagian muka. Adakah perlu utk saya ke klinik utk dapatkan rawatan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesan selepas vaksin iaitu gatal pada muka dan sukar tidur.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak/lebam, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Bagi situasi anda, disarankan untuk segera ke klinik atau hospital untuk tindakan lanjut.
Anda juga dinasihatkan untuk menghubungi JKJAV atau bercakap dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini