Sulit
4 tahun
Kesan sampingan vaksin
Harini sudah masuk hari ke-7 saya hilang deria rasa dan bau setelah mandapat dose pertama vaksin AstraZeneca. Saya ingin bertanya pada dr adakah perkara ini normal ? Saya mula rasa hilang deria ini lebih kurang 12 jam setelah divaksin. Saya juga telah ke hospital untuk membuat pengesahan dengan dr tentang diri saya dan dr itu memberitahu ini mungkin menjadi salah satu kesan sampingan setelah divaksin. Jadi soalan saya adakah hilang deria rasa dan bau ini betul betul merupakan kesan sampingan vaksin ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kegelishan anda yang hilang deria rasa dan bau selepas mendapatkan suntikan vaksin AstraZenecca.
Untuk makluman anda, menurut kajian pada waktu ini, kehilangan deria dan bau bukan antara kesan sampingan yang dilihat selepas pengambilan vaksin AstraZenecca. Namun, anda tidak perlu risau kerana selain jangkitan virus Covid, terdapat beberapa perkara yang boleh mengakibatkan kehilangan deria rasa dan bau. Antaranya :
- Hidung tersumbat akibat alahan atau cuaca yang sejuk
- Jangkitan pada sistem penafasan
- Polip hidung
- Sinusitis
Kami menyarankan agar anda merujuk perkara ini kepada pakar perubatan untuk mendapatkan kepastian serta rawatan lanjut sekiranya perlu.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi peribadi atas talian.
Terima kasih, Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























