Sulit

4 tahun

Kesan sampingan vaksin?

Hai doktor saya lelaki berusia 20 tahun dan menerima suntikan vaksin astrazeneca dos pertama. Adakah berkemungkinan untuk saya menerima kesan suntikan setelah 14 hari? Hari ke-14 itu saya membantu ayah saya mesin rumput halaman rumah. Setelah itu saya merasakan diri saya demam dan mengalami sakit kepala di bahagian antara mata dan kening. Saya rujuk pada doktro berdekatan, beliau kata itu mungkin disebabkan saya terlalu banyak memandang laptop dan games. Selepas itu, saya merasakan sakit pada bahagian dada bahagian kiri saya dalam beberapa saat sahaja ketika baring hendak ke duduk. Hanya pada waktu itu sahaja. Selepas itu rasa sengal di dada kiri, bahagian perut, dada kanan. Dan tangan kanan saya seakan akan kebas tetapi tidak terlalu kebas. Bacaan nadi semua okay. Pada pendapat doktor berdasarkan penerangan saya, adakah saya mengalami kesan sampingan vaksin, ataupun darah beku seperti dalam surat khabar, ataupun tanda tanda serangan jantung ringan ataupun apa apa yang lain ya doktor. Saya risau kerana ramai meninggal pada usia muda. Saya tidak merokok

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami memahami kerisauan anda mengenai smptom-simptom yang sedang anda alami. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, kajian menunjukkan bahawa kesan sampingan vaksin Covid-19 boleh dilihat hampir 6 minggu dari tarikh pengambilan vaksin. Oleh itu, ada kemungkinan untuk anda mengalami kesan sampingan vaksin.

Namun, masalah yang anda alami juga boleh berpunca daripada beberapa masalah kesihatan lain seperti :

  • Dehydrasi
  • Kekurangan tidur
  • Anemia
  • Melakukan aktiviti yang berat
  • Masalah jantung koronari

Sekiranya gejala anda berpanjangan atau bertambah teruk, kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya punca masalah anda dapat disiasat. Anda boleh menghubungi doktor kami untuk mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

mason-hassoun-1Mhnd67sWqw-unsplash%20(1)

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)