
Sulit
4 tahun
Kesan selepas panic attack
Assalamualaikum mcm mne nak tangani panic attack , slps drpd tu saya sering sakit kepala dan lemah,tak boleh duduk luar lama² berasa nak pitam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, rawatan yang paling penting untuk serangan panik ialah ‘cognitive behavioural therapy’. Terapi ini akan mengajar anda cara untuk mengawal fikiran, pernafasan dan melegakan otot-otot yang tegang semasa serangan panik. Sebelum rawatan ini diberi, anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri untuk penilaian penuh bagi memastikan diagnosis serangan panik.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.