
zaifull
5 tahun
Kesan selepas pembedahan tonsil
Salam sejahtera,
Saya baru menjalani pembedahan pembuangan tonsil pada minggu lepas dan sekarang masih dalam proses penyembuhan. Sekarang saya rasa amat sakit pada sebelah kiri walaupun telah mengambil pil penahan sakit. Pada pendapat doktor, apakah sebabnya berlaku kesakitan disebelah kiri sahaja?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kesakitan dan ketidakselesaan merupakan kesan yang paling kerap berlaku kepada pesakit selepas pembedahan. Kesakitan akibat kesan pembedahan dapat dikurangkan melalui pengambilan ubat penahan sakit.
Kesakitan yang dialami oleh anda mungkin disebabkan oleh efek ubat sakit di tonsil bahagian kiri tersebut sudah habis.
Namun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.