
Sulit
5 tahun
Kesan suntikan depo ketika datang haid
salam… sy ingin bertanya, sy ada amk suntikan depo utk perancang keluarga,ketika sy amk suntikan itu sy dtg haid,keesokan hari darah haid sy berhenti smpai skrg(4bulan). sebelum kejadian ini walaupun sy mgambil suntikan depo(dlm ketiadaan haid) darah haid sy dtg dgn teratur mengikut waktu. adakah normal mengambil suntikan depo ketika haid dan apakah risiko?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pengambilan suntikan depo boleh diambil pada bila-bila masa sahaja walaupun dalam keadaan haid. Kesan suntikan depo pada amnya boleh menyebabkan kitaran haid lewat atau tidak teratur hingga 3-6 bulan dari pengambilan atau apabila berhenti. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.