Sulit
2 tahun
Kesan vaksin kepada eczema
Saya ada eczema tapi eczema saya cuma di bahagian tangan. 2 tahun lepas saya mengalami alahan teruk tapi sekarang tangan saya dalam keadaan baik. Saya sentiasa berjaga-jaga supaya alahan tak berulang. Contohnya bila basuh pinggan saya kena guna sarung tangan yang tak serap air. Doktor kata ni contact dermatitis. Soalan saya, ada kesan tak kalau saya ambik vaksin untuk Covid-19.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai keselamatan vaksin COVID-19 kepada diri anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, sekiranya anda mempunyai penyakit Contact Dematitis, pengambilan vaksin untuk anda boleh dipertimbangkan. Anda perlu menyatakan tentang maklumat kesihatan diri anda semasa mendaftar vaksin COVID-19.
Oleh itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini