Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesihatan seksual lelaki dan vaksin COVID-19

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 9, 2021 7:22 AM

Sulit 31 hari

Hai doktor, saya lelaki, berumur 28 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin bertanya adakah vaksin COVID-19 ini akan mengganggu kesihatan seksual dan kesuburan lelaki. Mohon jelaskan ya doktor.

Dr Sashini Seeni 31 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada semua individu. Sehingga kini belum ada kajian yang menyatakan pengambilan vaksin akan memudaratkan kesihatan seksual mahupun mengganggu kesuburan seseorang. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.

Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!

Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

Dikemaskini pada: Fri Apr 09 2021 07:22:30 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang vaksin covid-19 secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19