zaharahmasdar
3 tahun
Kesukaran tidur waktu malam
Hai doktor.
Sy wanita berusia 30an,mengalami masalah utk tidur pada waktu malam. Sy tidak mengalami sebarang tekanan. Tetapi mata seakan tidak mahu pejam pada sebelah malam. Sebaliknya, pada waktu pagi sy akn jd sangat mengantuk dan boleh tidur sepanjang hari. Hal ini berlaku 2 - 3 kali dlm sminggu. Bolehkah sy mendapatkan ubat atau sebarang rawatan utk sakit yg sy alami ini?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Ya, gangguan tidur bukan sahaja boleh mengakibatkan kita rasa lebih mengantuk di pagi atau siang hari, malah jika berterusan ia dapat mengganggu kitaran tidur kita dan menyebabkan maslah kesihatan yang lain seperti sakit kepala, kegelisahan yang melampau, atau gangguan untuk memberi fokus di siang.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan (sekiranya ada)
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
- mengelakkan diri dari tertidur di siang hari
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun untuk menentukan apakah ubat diperlukan, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.