
Sulit
5 tahun
Kesukaran untuk tidur, kekerapan sendawa dan sakit kepala
Saya seorang lelaki berumur 21 tahun dan saya mengalami satu situasi dimana saya sukar untuk tidur hampir setiap malam sejak ayah saya meninggal dunia. Sejak dari itu saya kerap memikirkan mengenai kematian dan hampir setiap hari saya takut untuk tidur sebab memikirkan sama ada saya masih ada hari esok atau tidak. Saya juga pernah membaca mengenai tanda tanda kematian dan sebagainya. Adakah ini salah satu tanda saya mengalami masalah mental? Soalan kedua saya merujuk kepada kekerapan saya sendawa. Saya baru sahaja berhenti merokok sekitar 1-2 minggu tetapi saya kerap sendawa sehingga dada saya rasa tidak selesa dan sakit. Selain itu juga saya kerap sakit kepala di bahagian belakang kepala. Saya tahu pertanyaan saya agak panjang, saya tidak mempunyai masa untuk ke hospital atau klinik atas faktor menjaga ibu saya. Saya berterima kasih di atas segala jawapan dan penerangan yang diberikan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda hadapi mungkin diakibatkan oleh masalah psikiatri seperti
- Adjustment Disorder (Masalah penyesuaian diri selepas trauma emosi yang besar)
- Kemurungan
- Penyakit Gubrah
Untuk soalan yang kedua, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
*Gejala ketagihan rokok selepas berhenti .
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.