
Anonymous
2 tahun
Ketiak ada biji kecil
Saya berumur 24tahun. Saya bukan kerap kena, tapi ia menyakitkan saya. Saya cuma nak tahu, adakah itu hanya jerawat batu kat badan atau pun biji keras lain? Bila tekan rasa sakit, bila kepit ketiak rasa sakit. Bila pegang phone harini saya rasa tangan lemah sgt. Tadi saya picit sikit, ni dia makin membesar. Lenguh pulak tu, sakit lagi rasa. Hmm. Tolong saya doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab biji yang tumbuh di ketiak, antaranya:
- Jerawat
- Foliculitis ( jangkitan pada folikel bulu roma)
- Kulit lebihan (skin tag)
- Tisu lemak atau tisu fiber yang terkumpul
Perbuatan memicit benjolan itu adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan jangkitan atau menyebabkan jangkitan yang lebih teruk. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor agar masalah anda dapat dirawat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi. Terima kasih.