Sulit
2 tahun
Ketiak bengkak tapi tiada ketulan
sy wanita 24thn . sy mengalami ketiak yg bengkak 5hari serta demam panas … dan sy perasan lengan sy sakit bila dipengang dan sedikit membengkak dan keesoknya pegelangan tgn sy juga sakit dan membengkak … boleh tahu apakah sy memerlukan rawatan ataupun biar sahaja bengkak tu surut sendiri ? sy dah amek postan . brufen . pcm tapi tetap sama sakit .bl
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala ketiak bengkak yang disusuli dengan gejala demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Penyakit kulit seperti Hidradenitis Suppurativa, Cat Scratch Disease, Fungal Infections
- Dermatitis alahan (daripada sabun, deoderant, dll.) beserta jangkitan
- Jangkitan kulit yang lain
Sekiranya terdapat demam berlarutan, luka atau bisul pada kawasan ketiak, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor dalam waktu yang terdekat.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Disebabkan gejala bengkak telah terjadi pada lengan dan pergelangan tangan, saya nasihatkan anda untuk segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Anda tidak digalakkan untuk membiarkan masalah ini pulih sendiri kerana punca masalah perlu diketahui dan untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!