Sulit
3 tahun
Ketidakselesaan pada payudara dan ketiak
hi doktor . saya wanita berusia 30 tahun . sejak kebelakangan ini saya merasa ketidakselesaan pada payudara dan ketiak . yg ada ketikanya terasa ditekan , terasa terhimpit , terasa dicucuk , berdenyut yg berpindah dari ketiak ke payudara . adakala rasa tidak selesa itu terasa seperti dalam payudara . utk makluman doktor , saya tidak mengandung dan haid saya normal dan baru habis haid .
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik. Payudara terasa ditekan, dihimpit, dicucuk, berdenyut yang berpindah serta merasakan sesuatu di payudara boleh disebabkan oleh:
- gangguan otot disekitar payudara
- gangguan hormon wanita
- gangguan kelenjar saluran air susu
atau penyebab yang lebih serius seperti:
- kanser payudara
- gangguan saluran limfa
- gangguan saluran darah / kardiovaskular
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Sementara itu, sila pantau (dan catatkan) sekiranya anda mengalami keruaman, sakit payudara, bengkak, ataupun terdapat ketumbuhan ketulan pada payudara yang tersebut.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).