
Anonymous
5 tahun
Ketikakselesaan pada perut
Sy sedang hamil kali pertama, kandungan sy kini berusia 15 minggu. sy mengalami alahan teruk. sy juga selalu rasa tidak selesa di bahagian perut belah kiri sy. adakah ia normal? belah kanan normal saja, hanya belah kiri selalu rasa tidak selesa. perut sy juga selalu sangat masuk angin sampai sy rasa nak sapu minyak yuyi. adakah ia selamat? terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang puan hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Apakah yang puan maksudkan dengan alahan? Apakah alahan telah timbul sejak sebelum hamil atau setelah hamil?. Persoalan tambahan seperti ini harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak puan, sebanyak lebih 50% ibu mengandung mengeluh tidak selesa di perut pada trimester pertama kehamilan. Hal ini terjadi kerana seiring dengan pembesaran rahim pada kehamilan, tekanan dalam perut juga bertambah sehingga menolak perut dan esofagus keatas. Maka, asid dan isi perut juga akan tertolak naik sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti mual, muntah, dan kembung.
Terdapat ubatan yang boleh diberikan oleh doktor untuk mengatasi asid perut yang naik sekaligus mengurangkan gejala-gejala diatas. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Terlebih dahulu, sebaiknya puan berbincang dengan doktor mengenai alahan dan sakit perut ini supaya tidak terjadi komplikasi yang tidak diinginkan. Dalam pada itu, sekiranya anda mengalami salah satu gejala dibawah, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan konsultasi doktor.
- nafsu makan berkurang
- berat badan berkurang
- pucat, letih, lesu
- muntah
- muntah darah atau berak darah
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.