Sulit
2 tahun
Ketuat di kelamain, dan di dinding vagina
Saya wanita berusia 20 tahun, baru baru ini saya dapat rasakan yang di kemaluan saya ada kutil yg berwarna merah jambu dan kecik2… Dan saya rasa di dinding vagina saya terasa bengkak… Namun tidak merasakan sakit sedikit pon… Apakah itu kutil? Saya telah ke kelinik berdekatan… Namun tidak dpt jawapan yang tepat…saya harap ada yang dapat menjawab pertanyaan saya… Dan jika ia kutil di dinding vagina… Adakah ia sgt bahaya?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda berkenaan masalah ketuat pada kelamin dan dinding vagina yang berwarna merah jambu, berukuran kecil dan terasa bengkak, namun tidak merasakan sakit. Kami akan cuba membantu anda,
Untuk pengetahuan anda ketuat atau kutil pada kawasan kelamin boleh disebabkan oleh jangkitan HPV. Lazimnya jangkitan HPV pada kelamin ini boleh memberikan gejala seperti ketumbuhan bergerutu di kemaluan yang berwarna putih, gelap mahupun kemerahan dengan bentuk yang tidak seragam. Ia juga boleh disertai gejala seperti:
- kegatalan pada kelamin atau sekitar ketumbuhan
- kesukaran membuang air besar dan kecil
Tambahan lagi, jangkitan HPV yang tidak dirawat juga berpotensi untuk mengakibatkan perkara yang lebih serius seperti dysplasia dan kanser serviks.
Oleh itu, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan selanjutnya atau merujuk ke doktor pakar wanita dengan kadar segera.
Anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor di atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.