
Anonymous
4 tahun
Ketulan bawah ketiak macam urat bengkak macam tu
Sy 29,ibu menyusukan ank… Ank sy suke susu belah kiri menyebabkan susu belah kiri besar dr yg kanan,susu belah kanan normal saiz. Sy ada perasan kt ketiak bile mndi sy gosok kt ketiak rasa ada urat or ketulan tp tk timbul,dlm kluarga tk sejarah lg ada yg kne kanser payudara… Soalan sy adakah ibu menyusu akan alaminya or tk? Perlu ke sy berjumpa ngn doktor or jmpe doktor kt klinik ibu n anak je… Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Benjolan lemak
Nanah akibat jangkitan
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis (Jangkitan di folikel rambut di ketiak)
Cyst/Kista
Mengenai keraguan adakah ianya kanser payudara serta sejarah keluarga anda, saya sarankan untuk anda membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.