
Sulit
4 tahun
Ketulan/benjolan di bahagian belakang badan.. Sebelah dalam
Saya mempunyai anak lelaki berumur 15 tahun… Dia mengadu kepada saya bahawa belakangnya… Ade ketulan/benjolan tetapi sebelah dalam… Di dalam badan… Saya tidak pasti sama ada itu bisul ataupon tidak… Dia mcm bengkak kt dalam bdan… Dalam saiz besar ibu jari… Saya bimbang atas masalah yang anak saya hadapi… Dia kata kalau picit sakit… Kalau tak usik tak de rasa apa apa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang folikel bulu roma
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.