
Sulit
4 tahun
Ketulan di leher anak 5 tahun
Anak saya ex prem 29week…sekarang dah 5 tahun…2 tahun lepas…lepas dia demam…saya perasan ada 2 ketulan kiri kanan leher dia…bawa ke pakar tekak,tlinga & hdung…doc kata normal…doc bg antibiotik…tp xhlg walaupun antibiotik dah habis…bulan lepas dia ada demam…saya perasan ada 1 saja ketulan di leher…besar guli…sy bawa ke klinik…sma jga…doc kata normal sbb dia demam…bg antibiotik…tp tak hilang juga…sekarang masih ada ketulan tu…keras tp boleh bergerak bila tekan…dia aktif macam biasa…tak ada demam…normal atau tak doktor? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Hai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Terdapat beberapa punca berlakunya bengkak kelenjar (lymphadenopathy) yang boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama itu disebabkan oleh jangkitan, keradangan atau ketumbuhan . Secara umumnya, kelenjar bengkak biasanya adalah respon tubuh badan untuk melawan sesuatu jangkitan. Kebiasaannya, ia akan baik pulih dengan sendiri dalam 2-3 minggu.
Kelenjar dalam artikel merujuk kepada kelenjar limfa atau noda limfa. Ia adalah sebahagian daripada sistem limfa yang berfungsi untuk melawan jangkitan. Noda limfa akan menapis kekotoran dari limfa, iaitu sejenis cecair badan. Anda boleh mendapatkan kelenjar bengkak di bahagian tubuh yang berlainan, tetapi anda mungkin merasakannya pada leher, di ketiak atau di pangkal paha.
Tiada rawatan khusus bagi bengkak kelenjar. Rawatan diberi berdasarkan penyebabnya dan tiada petua alami yang dibukti berkesan menangani masalah ini.
- Kelenjar bengkak yang disebabkan oleh virus tidak memerlukan rawatan. Kelenjar akhirnya menyusut. Ini boleh mengambil masa beberapa minggu atau lebih lama.
- Sekiranya anda mempunyai jangkitan bakteria, doktor anda mungkin memberi anda antibiotik.
- Sekiranya kelenjar bengkak anda disebabkan oleh kanser, doktor anda boleh merujuk anda kepada pakar yang sesuai untuk rawatan.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.