Tanya Doktor: Ketulan di payudara kiri


nhidayani04 Pesakit 16 hari

Doc , saya nak ada ketulan dibahagian payudara kiri . tapi hanya satu berdekatan dengan puting . tetapi saya tidak merasa sakit . cuma semasa sebelum datang bulan sahaja merasa sakit di dua belah payudara . ketulan itu tidak membesar . apakah itu normal atau ada simptom barah payudara ?

Dijawab oleh doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli Doktor 16 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, sakit payudara mempunyai pelbagai punca. Antaranya adalah:

  • Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
  • Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
  • Ketumbuhan - sekiranya anda mempunyai gejala hilang berat badan, sejarah kekeluargaan atau benjolan pada payudara

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri merupakan ketumbuhan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Last Updated: Tue Nov 19 2019 17:04:48 GMT+0800 (+08)
4.89


Tanya Doktor Dalam Talian
Dalam mesyuarat sepanjang hari?
Hubungi seorang doktor dalam talian!
Tanya Doktor dalam Talian
Tanya Doktor Percuma Diskaun Hingga RM12 bagi Ubat & Suplemen