
Sulit
4 tahun
Ketulan-ketulan, biji-biji di bawah dagu, belakang punggung dan peha
saya wanita berumur 23 tahun, baru-baru ini saya ada ketulan seperti bebola betul-betul di bawah dagu berdekatan dengan leher. saya dah consult doctor dan mereka cakap tak ada yang serius. Ketulan bulat dibawah dagu berdekatan dengan leher, saya bila cuba picit tak boleh picit sekali biji tu. Seolah olaj macam licin, saya cuma boleh tarik kulit dagu. kiranya saya makan ubat doctor dan sepanjang makan tu asyik muncul sakit yang sama dekat jawline bawah telinga tapi yang tu tak keras dan bulat macam bawah dagu. Tapi yang ni bila picit boleh tarik sekali dengan kulit tak melekat seperti di bawah dagu dan terasa macam kenyal. bawah dagu tak kecut lagi sampai sekarang dan sakit bila tekan kuat. bengkak bawah jawline ada ketulan tapi kalau picit macam liat dalam tu dan sakit seperti yang saya cakap tadi. saya ada ketulan lagi dan picit macam liat tu di belakang punggung kiri yang tu tak sakit sama juga seperti bawah dagu tadi. dan peha kanan ada ketulan sangat kecil bila picit terasa seperti batu, tak sakit dan boleh tarik kulit sekali dengan batu keras tu. kadang dibahagian celah kangkang ada berasa bengkak yang sama di bahagian kiri kaki. saya risau dan buntu apa sebenarnya sakit yang saya alami

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelenjar Lymph node yang membengkak
- Ketulan lemak (Lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Jangkitan pada kulit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!