Anonymous
6 tahun
Ketulan pada payudara sblh kanan
Saya wanita brusia 43thn pada bln yg lalu saya menghadapi ketulan yg sakit di sblh kanan…saya telah buat pemeriksaan di klinik siti do shah alam tetapi mlgnya doc trsebut tidak dpt mengesan ketulan itu adalah apa dn doc itu telah menulis spcuk surat kpd doc pkar di hospital kerajaan utk saya buat pemeriksaan susulan tetapi saya tidak prg krn tkut dgn kptsn yg tidak baik saya dpt…skrg rsa sakit dipayudara trsbt telah hlg tetapi benjolan itu msh ada…saya nk minta pndpt doc mengenainya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertanyaan puan mengenai benjolan di payudara harus mendapat pengesahan daripada doktor melalui scan dan biopsi. Antara sebab-sebab benjolan di payudara berlaku adalah :
- Ketulan susu
- Fibroadenoma payudara
- Radang payudara
- Lipoma (ketulan kulit)
Walaubagaimanapun samada benjolan akan tumbuh semula hanya boleh disahkan melalui pemeriksaan lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.
































