
Sulit
5 tahun
Ketumbit mata lebih 15 hari
Saya berumur 28 tahun… baru-baru ini sehari sebelum bersalin, mata saya disebelah kanan telah ditumbuhi ketumbit, namun selepas 15 hari, ketumbit ini masih belum hilang malah menjadi makin besar dan kemerahan… adalah ia berbahaya? Kebiasaanya waktu untuk sembuh berapa lama? Apakah cara untuk merawatnya?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ketumbit boleh disebabkan oleh:
- infeksi kelopak mata
- dermatitis alergik
- kelainan kongenital saluran air mata
- tumor di saluran air mata
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih