Sulit
3 tahun
Ketumbit tidak hilang
Saya wanita berumur 23 tahun saya mempunyai ketumbit pada beberapa bulan yang lepas tetapi biji ketumbit tersebut tidak hilang dh biji ketumbit tersebut masih ada di mata saya dan ia tidak rasa sakit atau pun bernanah saya berasa risau dan apa yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan biji tersebut kerana saya sudah menyapu ubat utk ketumbit dari klinik tetapi tidak berhasil
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala ketumbit atau bahasa perubatannya hordeolum luaran yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai faktor mahupun punca, sehingga ia memerlukan pemeriksaan berkala yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan jangka pendek mahupun jangka panjang yang terbaik.
Secara umumnya, hordeolum luaran boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- Jangkitan kuman pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar mata
- Atau gangguan mata yang lain
Buat masa ini anda disarankan untuk:
- meneruskan dahulu pengubatan yang telah diberikan
- perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit
- melakukan tuaman sesuai arahan doktor
- membersihkan kelopak mata dengan cara yang betul
- menjauhkan diri dari keadaan yang memudahkan ketumbit berlaku kembali (i.e. berada di kawasan berhabuk, kotor, dll.)
- kembali ke doktor anda untuk melaporkan tahap keberkesanan rawatan yang diberikan
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Namun untuk mengetahui kondisi anda yang lebih mendalam, pemeriksaan lanjutan dan berkala perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pihak kami. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).