Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
Hi doktor,
Saya berusia 25 tahun dan belum berkahwin. Sebelum ini kitaran haid saya adalah 31 hari - 33 hari. Seperti yg saya sedia maklum kitaran haid normal bagi semua wanita adalah 21 - 35 hari.
Namun, sejak bulan december kitaran haid saya sudah berubah menjadi 45 hari. Adakah normal jika kitaran haid saya 45 hari ? Atau itu tandanya saya mempunyai masalah dalaman ?
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, apabila haid anda datang secara teratur, ini dipanggil sebagai kitaran haid. Kitaran haid secara tetap menandakan bahawa tubuh badan anda berfungsi dengan normal. Kitaran haid menyediakan bahan kimia yang penting, yaitu hormon, bagi menjaga kesihatan anda. Ia juga membantu badan anda bersedia untuk mengandung pada setiap bulan kitaran haid berlaku. Kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan.
Masalah haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa faktor penyebab, antaranya ialah:
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah tersebut, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!