
shazanaeffendie.87
5 tahun
Kitaran haid tidak menentu dan dalam kuantiti yang sedikit sejak 2 bulan lepas walhal sebelum ini normal sahaja
Hi doc. Saya berumur 32 dan masih menyusukan anak yg sudah berusia 2 2 thn stengah. Persoalan di sini, period saya sejak 2 bulan lepas tidak menentu. Dia dtg pada tarikh yg sepatutnya tapi dlm kuantiti sedikit dan ambil masa 2 mggu utk habis. Bulan ini juga terjadi juga dan sudah lebih 2 mggu haid tp kuantiti sedikit. Sebelum ini period saya jenis on time, kuantiti normal dan paling lama seminggu shj. Saya tidak ada pening, sengugut atau sakit perut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang gejala haid tidak teratur yang anda sedang hadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.