
leezarofi
6 tahun
Kod warna pada venturi mask
Saya mahu thu venturi mask tu kan ada berberapa kod wrna contoh nya merah,biru,kuning,oren ka…apakah mksud jikalau psakit itu memakai kod wrna merah?ada kah dia mempunyai mslh pnfsan yang teruk?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, sememangnya venturi mask mempunyai kod warna berlainan bergantung kepada keperluan seseorang pesakit. venturi mask berwarna merah biasanya membawa maksud 40% oksigen atau 6 liter oksigen/minit. Berkenaan dengan teruk atau tidak masalah pernafasan seseorang itu tidak boleh diketahui berdasarkan penggunaan venturi mask sahaja. Puan haruslah bertanya kepada doktor yang merawat suami puan untuk mengetahui tahap keseriusan masalah pernafasan suami puan. Terima kasih.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penerangan lanjut.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!Terima kasih.