
Sulit
3 tahun
Kontak rapat dengan pesakit covid 19
Hai doktor. Saya ada beberapa soalan
Sy kontak rapat dengan org positif covid 19. Sy berjumpa dia pada 17 Ogos namun sy dimaklumkan bahawa dia positif pada 21 Ogos. Saya telan cek melalui RTK antigen yg saliva tu, Dan keputusan nya negatif. Soalan nya, adakah saya perlu cek sekali lagi selepas hari 8 kuarantin diri? Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kontak kasual bermaksud individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19 tetapi lebih daripada 2 meter dan mempunyai kontak kurang daripada 15 minit dengan pesakit Covid.
Sekiranya anda diklasifikasikan sebagai kontak kasual, kemungkinan anda dijangkiti virus Covid-19 adalah rendah. Anda tidak perlu menjalani ujian PCR jika tidak mempunyai gejala, dan anda tidak perlu menjalani kuarantin. Anda tidak semestinya mempunyai semua gejala jika menjangkiti Covid-19.
Kami mencadangkan agar anda membuat pemantauan kesihatan kendiri untuk 14 hari, dan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera. Anda juga dinasihati untuk mengamalkan penjarakkan sosial, dan memakai pelitup muka.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini