
Sulit
4 tahun
Kontak Rapat Pesakit Covid-19
Saya mempunyai kontak rapat dengan pesakit covid-19 yang mana 2 adik beradik saya sendiri. Mereka didapati positif dan dikuarantin di rumah selama 10 hari.
Soalan saya :
Adakah saya perlu menjalankan kuarantin juga walaupun saya sudah buat swab test rtk dan keputusannya negatif ? Saya duduk satu rumah dengan mereka.
Kalau kena kuarantin juga(reason: close contact), adakah ada surat kuarantin yang akan diberikan kepada saya? Sebab saya nak kena bagi dekat majikan saya sebagai bukti kuarantin.
Sebenarnya kontak rapat tidak bergejala ni perlu kuarantin sekali ke tak ? Saya confuse sikit sebab kalau dalam Mysejatera kata tak perlu kuarantin tapi bila saya pergi klinik kerajaan mereka kata kena kuarantin 10 hari sebab kontak rapat. Mereka kata tunggu kkm telefon tapi sudah 5 hari tidak telefon jugak.
Tolong perjelaskan isu ni kepada saya. Terima-kasih

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal dan pakai pelitup muka apabila anda berada di luar atau di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk peengetahuan anda, ujian swab PCR merupakan gold standard dalam mendeteksi dan menyaring jangkitan COVID-19. Selain itu kontak rapat yang tidak bergejala juga dianggap sangat berpotensi menularkan dan menyebarkan kesan jangkitan COVID-19 yang serius seperti.
- gegagalan pernafasan
- menurukan kesedaran atau koma
- kematian
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini