
Sulit
3 tahun
Kontak rapat tidak bergejala
Salah seorang dari ahli keluarga saya positif covid-19 selepas melakukan ujian swab test pada hari ke 14 kuarantin( baru habis kuarantin sbb kontak rapat pada 2 minggu sebelum nya) tetapi kami yang lain negatif kecuali adik sy baru dapat keputusan yang dia disahkan positif, jadi adakah sy dan yg lain perlu kuarantin juga untuk kali kedua? Kami tidak bergejala dan sihat. Sekian, Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kontak kasual bermaksud individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19 tetapi lebih daripada 2 meter dan mempunyai kontak kurang daripada 15 minit dengan pesakit Covid.
Sekiranya anda diklasifikasikan sebagai kontak kasual, kemungkinan anda dijangkiti virus Covid-19 adalah tinggi. Anda sekeluarga perlu menjalani ujian PCR jika mempunyai gejala, dan anda perlu menjalani kuarantin.
Kami mencadangkan agar anda membuat pemantauan kesihatan kendiri sekeluarga untuk 14 hari, dan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera. Anda juga dinasihati untuk mengamalkan penjarakkan sosial, dan memakai pelitup muka.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini