
Sulit
5 tahun
Koyak di bahagian hadapan kepala takuk?
koyak besar di bahagian hadapan kepala takuk dan rasa ngilu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Untuk rawatan, saya sarankan untuk anda pastikan kawasan tersebut sentiasa bersih dan kering. Selain itu, sekiranya kawasan luka tersebut menjadi merah atau bernanah disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Akan tetapi, memandangkan luka tersebut besar, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan serta rawatan yang sesuai boleh diberika.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.