Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kulit amat gatal dan susah tidur

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 29, 2021 11:02 AM

Sulit 2 bulan

Hi doctor! saya berumur 21 tahun. saya mengalami masalah kulit sejak 2 minggu ini. Saya seorang pelajar dan berada di dalam kampus. Badan saya naik tompok merah yang kering dan gatal. Saya sudah ke unit kesihatan untuk rawatan tetapi setelah diberikan betnovate krim dan ubat pil allergic. Saya masih rasa gatal di seluruh badan dan tompok merah itu masih ada.

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.

Anda bertanyakan tentang masalah badan yang naik tompok merah serta kering dan gatal dan gejala ini tidak berkurangan walaupun setelah diberi rawatan.

Untuk makluman anda, masalah kulit yang anda alami boleh berlaku akibat perkara tertentu seperti:

  • Alahan terhadap persekitaran seperti habuk
  • Gigitan serangga
  • Kebersihan persekitaran seperti tempat tidur yang tidak terjaga seperti cadar, tilam
  • Alahan terhadap makanan tertentu
  • Penggunaan air yang tidak bersih

Masalah ini mungkin berulang kerana puncanya masih ada.

Namun begitu masalah kulit ini juga boleh disebabkan oleh penyakit kulit tertentu yang memerlukan rawatan lebih terperinci. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Tue Jun 29 2021 11:02:01 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang penyakit kulit secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19