
Sulit
4 tahun
Kulit berjerawat dan berminyak
Saya lelaki berumur 16 tahun mengalami jerawat. Saya nak bertanya, adakah vitamin evening primose oil sesuai untuk menstabilkan hormon saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Secara umumnya jerawat berlaku disebabkan:
fasa akil baligh manusia
peningkatan hormon androgen dalam tubuh
gangguan kelenjar sebum
jangkitan kuman
amalan pemakanan yang tinggi kandungan minyak
dan lain-lain
Untuk mengetahui apakah sesebuah suplemen itu sesuai untuk anda, kami sarankan untuk berjumpa doktor kerana setiap individu mempunyai profil kesihatan yang berbeza. Buat sementara waktu anda boleh cuba:
produk yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
retinoid akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
krim pelindung matahari (sunscreen) penting untuk mencegah bekas jerawat menjadi gelap dan kelihatan lebih jelas
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Selain itu, sekiranya terdapat kesan-kesan yang aneh setelah menggunakan produk seperti kemerahan, gatal-gatal, kelainan kulit, dan lain-lain, disarankan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan berjumpa dengan doktor.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.