
Sulit
4 tahun
Kulit cap jari,muka & kemaluan mengelupas dan menipis
Saya, Lelaki 19 Tahun… Ingin bertanya, kenapa kulit pada cap jari saya dan muka jadi mengelupas… Mula2 hanya satu jari sahaja selepas itu ianya berjangkit ke jari2 yg lain dan akhirnya ke muka… Adakah tu eczema? Sebab bila saya mandi dan terkena sabun, selepas kering dan ianya mengelupas… Ianya terjadi juga kepada kemaluan saya di bahagian kepala zakar… tolong doktor apakah penyakit saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kulit yang mengelupas yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan herpes
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.